DSBlog: WiFi-Direct.. apa itu?

WiFi-Direct.. apa itu?

WiFi-Direct merupakan salah satu fungsi yang terdapat dalam Android. Ia sangat berguna untuk menghantar fail dengan kadar yang sangat SUPER-ULTRA-LAJU jika dibandingkan dengan bluetooth. Ini akan memberi manfaat dalam menghantar fail yang bersaiz besar.

Apa yang kita perlukan adalah hanya 2 peranti (device) yang sekurang-kurangnya mempunyai sistem pengoperasian Android 4.1 (Jellybean), mempunyai fungsi Wi-Fi-Direct dan peranti penerima perlu mempunyai WiFi.

Contoh yang saya akan berikan berikut ini adalah dengan menggunakan smartphone model Galaxy Note 1 dan Galaxy Note 2.

Dalam kes ini, Galaxy Note 1 akan dijadikan sebagai penghantar fail, terus pergi ke My Files atau Gallery di mana sahaja fail yang ingin dihantar itu berada.

NOTE 1

Saya akan menghantar satu fail mp3, pilih fail tersebut dengan menandakan pada kotak seterusnya klik menu drop-down (di penjuru kanan atas)

NOTE 1

Klik Details, lihat saiz fail mp3 tersebut dan klik OK
NOTE 1

Anda akan kembali ke paparan tadi.

NOTE 1

Sekarang, klik butang Share
Dan paparan ini akan keluar

 Seterusnya.. klik pada Wi-Fi Direct, dan anda akan melihat seperti skrin dibawah.

NOTE 1

Sekarang, pada peranti penerima (NOTE 2), pergi ke seting Wi-Fi

NOTE 2

Anda akan melihat satu butang bernama Wi-Fi Direct. Klik, dan anda akan ke paparan berikut.
NOTE 2

Ia akan mengimbas dan mencari peranti yang cuba mengahntar fail kepadanya, dan akan tersenarai pada Available devices.
 NOTE 2

Klik pada Tap to connect di bawah Available devices. Serta merta pada peranti penghantar (NOTE 1), anda akan melihat mesej ini.
NOTE 1

Klik Accept dan lihat kini dua peranti ini berjaya terhubung.

NOTE 1

Pada peranti penghantar, tandakan pada kotak iaitu peranti mana yang akan terima fail tersebut. Dan klik Done (penjuru kanan atas).

 NOTE 1

Jika kita menghantar fail menggunakan bluetooth untuk saiz sebesar 6mb.. Kita mungkin akan menunggu dalam 2-3 minit atau mungkin lebih.. Namun dengan kaedah ini ia hanya memakan masa dalam 2-3 saat untuk melihat fail tersebut berjaya dihantar.

Anda kini boleh membuka fail tersebut dari Notification bar. Dan oooh.. sebelum saya terlupa.. Fail yang diterima akan berada pada folder /storage/sdcard0/ShareViaWiFi (sekiranya anda tidak pasti tentang di mana letaknya fail tersebut)

 NOTE 2

Untuk keselamatan (safety first), berbalik pada NOTE 1, dan klik butang End connection (sebelah kanan bawah).
 NOTE 1

Klik OK.
 NOTE 1

walaupun kelihatan agak rumit.. tp sebenarnya jika kita cuba buat.. pasti terasa mudah.. selamat mencuba. ;)










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © DSBlog Urang-kurai