Viper4Android.. Fleksibel audio profil untuk android anda
Satu perkara yang saya suka dengan sistem operasi (mobile) android ini adalah keupayaan modifikasi yang sangat fleksibel. Hal ini tidak terhad kepada viewing scheme, themes, widgets, launchers, dll.. Akan tetapi kita juga bebas dalam menentukan jenis audio mengikut selera telinga kita. Apa yang saya ingin sampaikan disini ialah, bukan terhad kepada profil equalizer yang tersedia dalam pemain mp3, akan tetapi lebih advanced drpd itu..Di sini saya memperkenalkan (bg yg belum kenal) satu modifikasi audio yg terbaik kepada pengguna android (root adalah wajib), tidak lain dan tidak bukan adalah Viper4Android atau singakatannya V4A.
Kaedah pemasangan (Install):
- Download installer (apk) dari SINI
- Pastikan anda download fail apk yang betul mengikut versi android anda.
- Install seperti biasa (pastikan anda "√" unknown source dlm setting>security).
- Selepas proses intall selesai, jalankan aplikasi (berikan kebenaran akses root).
- Kemudian, klik pada option (tanda tiga titik) dan ikut seperti rajah
- Tekan yes untuk reboot (install driver).
Selebihnya anda boleh "bermain-main" dengan beberapa aturan citarasa anda.
Slamat mencuba :)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan